Istimewa Hari Ini

Istimewa Hari Ini

KEMPEN “ISTIMEWA HARI INI”

TERMA DAN SYARAT

 

 

1. Penganjur

  • Penganjur Kempen “Istimewa Hari Ini” ini adalah Projek Lebuhraya Usahasama Berhad beralamat di Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“PLUS Berhad” atau “Penganjur”).

 

2. Tempoh

  • Kempen “Istimewa Hari Ini” ini akan berlaku pada 11 Disember 2024, (“Tempoh Kempen”) dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh Kempen “PLUSMiles Istimewa Rabu” tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

3. Kelayakan

  • Kempen ini terbuka kepada semua pengguna lebuhraya PLUS.
  • Bukan ahli PLUSMiles perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 25 Disember 2024.

 

4. Cara mendapatkan 500 Mata Ganjaran & 800 Mata Ganjaran PLUSMiles

Syarat

Ahli PLUSMiles Sedia Ada

Bukan Ahli PLUSMiles dan yang baru berdaftar sebelum/pada 25 Disember 2024

Jumlah Transaksi Tol untuk Touch ‘N Go Kad dan/atau RFID

Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM5.00

  • Bayaran transaksi tol kumulatif dengan jumlah minima RM5.00

DAN

  • Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/pada 25 Disember 2024.

Jumlah Mata Ganjaran

500 Mata Ganjaran ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen

800 mata ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat Tempoh Kempen

 

5. Liabiliti dan Tanggungjawab

  • Pelanggan haruslah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen “PLUSMiles Istimewa Rabu” ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen “Istimewa Hari Ini”, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
  • Pihak  Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen “Istimewa Hari Ini” ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam Kempen “Istimewa Hari Ini”  ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar kawalan pihak Penganjur.
  • Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggan dan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan  Kempen “Istimewa Hari Ini” ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen “Istimewa Hari Ini”, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen “Istimewa Hari Ini”, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

 

6. Hak Penganjur

  • Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen “Istimewa Hari Ini” jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikannya.
  • Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen “Istimewa Hari Ini” atau melanggar terma-terma Kempen “Istimewa Hari Ini”. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen “Istimewa Hari Ini” dan/atau proses penyertaan Kempen “Istimewa Hari Ini”.
  • Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.  Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
  • Dengan menyertai Kempen “Istimewa Hari Ini”, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen “Istimewa Hari Ini”.